Terdapat pelbagai cara dan system perisian untuk menguruskan dan membantu perakaun anda. Walau bagaimanapun, masa yang diluangkan untuk mempelajari sistem-sistem tersebut, kemudian menghantar invois, mengumpul bayaran dan melakukan kawalan kredit merupakan cabaran kepada sebarang SME yang sedang membangun.
Tanpa mengambil kira, jenis platform penyimpanan kira-kira yang anda minati atau bilangan klien yang anda ada, pembantu maya kami boleh bekerjasama dengan anda.
Elakkkan daripada bekerja keras tetapi secara bijak dengan penyumberan kepada seorang pembantu maya sekarang. Para Pembantu Kewangan kami mahir dalam Penyimpan Kira-kira SME. Anda akan memperolehi semua informasi perakaunan di hujung jari anda dan yang mustahak sekali ialah masa untuk menganalisi dan bekerjasama dengan mereka.
Menghantar invois dan mendesak bayaran invois tertunggak adakalanya mengambil sebahagian besar masa tugasan anda. Biarlah SmartPA yang berdedikasi melakukannya dan anda dapat menumpukan perhatian terhadap perkara penting berkaitan perniagaan.
Adakah anda penyokong kempen tanpa penggunaan kertas? Ahli daripada pasukan tempatan kami pasti dapat membantu anda mencapai impian tersebut, mewujudkan sistemnya, dan menghubungi klien untuk bekerjasama dalam perubahan yang ingin dilakukan. Marilah selamatkan Bumi kita dan selaraskan proses perniagaan pada masa yang sama.
Tidak biasa meramal atau mengetahui status sebenar tentang kedudukan kewangan perniagaan anda? Kami boleh memberi informasi terkini bagi setiap hari / mingguan / bulanan / suku tahunan / tahunan kepada anda.
Biarlah kami mengendalikan resit dan membantu dalam aliran wang tunai anda untuk memastikan rekod perbelanjaan dikemukakan tepat pada masanya dan mengikut format yang diperlukan. Pasukan kami akan dapat melakukannya walaupun terdapat timbunan tunggakan.
Kami boleh menyokong anda tanpa mengambil kira platform perakaunan anda. Sejak sepuluh tahun yang lalu, yang paling banyak digunakan adalah:
Kami boleh memberi anda nasihat secara tidak langsung mengenai sistem terbaik untuk anda dan perniagaan anda, persediaan system anda dan mengekalkan secara tetap.
Objektif / cabaran dalam kewangan perniagaan anda.
Sistem dan proses anda
Biar kami menguruskan yang lain
Kami juga faham bahawa penyumberan tugas kepada pihak luar amat menakutkan, namun berikan peluang kepada kami untuk menjelaskan keseluruhan prosesnya.
Langkah awal adalah perbualan melalui telefon untuk memahami latar belakang perniagaan anda dan bantuan yang anda perlukan. Kemudiannya, kami akan mencarikan Pembantu Kewangan Peribadi yang terbaik untuk anda.
Kami akan menguruskan satu Panggilan Penyertaan untuk perkenalkan anda antara satu sama lain, seterusnya mencipta satu Akaun untuk perniagaan anda dan terus mengekalkan perhubungan untuk memastikan penyumberan luar tugas berjalan dengan lancar.
Get in touch with us
Malaysia Office
info@smart-pa.com
+6 016 223 2340