Ya. Kami tidak memerlukan tempat di dalam pejabat untuk bekerja. Sokongan pentadbiran adalah untuk anda, perniagaan anda dan jenama perniagaan anda. Walaupun tiada tempat di dalam pejabat tetap memantapkan sokongan kami. Tambahan pula, anda akan mempunyai seorang Pengurus Akaun yang bertanggungjawab untuk mengawasi semua keperluan pentadbiran anda.

Kami merekrut para pentadbir yang mempunyai pengalaman berasaskan pengurusan peringkat pertengahan kerana mempunyai pengalaman sebenar dalam dunia perniagaan. Kami juga telah menyeragamkan kualiti yang ditawarkan melalui program latihan kami yang diakreditasi. Kami bersedia untuk menandatangani perjanjian berkaitan pendedahan maklumat sulit.

Ini adalah paparan sebenar model perniagaan SmartPA. Pada saat ini, rangkaian SmartPA bermula dengan lancar tanpa gangguan

PA anda memberi kerjasama dan melakukan penyerahan yang lengkap kepada ahli lain dalam pasukan untuk memastikan tidak berlaku sebarang masalah ketika mengambil ailh tugas semasa dia bercuti dan sakit.

Pentadbir kami disokong oleh ibu pejabat sekiranya timbul keperluan untuk menyediakan seorang PA baharu.

PA ini akan mula bertugas dengan segera untuk memastikan peralihan tugas berjalan dengan lancar.

Daripada kadar yang ditentukan mengikut jam yang boleh menaikkan kos perniagaan anda, lebih baik kami tetapkan peruntukan masa yang diperlukan dalam sebulan. Masa tersebut boleh digunakan untuk sebarang tugas, pada bulan berkenaan. Anda bebas untuk mengubah masa dalam pakej ini seperti yang dikehendaki.

Ini menyokong ramalan kedudukan kewangan anda.

Dengan memberi kami peluang untuk berbincang dengan anda di peringkat awal dan memahami keperluan perniagaan anda, dapatlah kami memberikan anda seorang PA yang terbaik daripada rangkaian kami. Ini adalah sebahagian daripada perkhidmatan tambahan kami dari Ibu Pejabat dan sebarang hubungan yang dilakukan bukan untuk mengaut keuntungan. Kami tidak menerima komisen. Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Dengan mengetahui lebih lanjut tentang diri anda dan perniagaan anda, pasukan perundingan kami yang berpengalaman di Ibu Pejabat, yang jika digabung pengalamannya adalah lebih daripada 50 tahun dalam pentadbiran perniagaan. Mereka dapat meramalkan jumlah jam diperlukan untuk menyelesaikan tugas yang diterima.

Pasukan kami telah dilatih untuk menyiapkan tugasan dengan cekap. Menggunakan metodologi kami bermakna tugas tersebut mungkin disiapkan separuh masa daripada yang anda sangkakan. Melalui laporan kami tentang penggunaan masa sebenar, anda tidak perlu was-was kerana penggunaan masa secara berkesan dijamin.

Pada kebiasaannya, kami tidak memindahkan waktu yang tidak digunakan dari sebulan ke bulan berikutnya, tetapi isu ini masih di bawah budi bicara Pengurus Akaun anda yang berdedikasi, terutamanya dalam keadaan luar biasa. Matlamat kami adalah untuk menjadi proaktif yang sebaik-baiknya dalam soal pewakilan

Jika anda melebihi pakejnya, sebanyak RM55 dikenakan untuk setiap jam tambahan. Jika perkara ini kerap berlaku, Pengurus akaun anda akan mencadangkan satu pakej dapat menjimatkan kos.

Ibu Pejabat akan memperuntukkan PA baru sekiranya masalah sepert itu timbul. PA baru anda akan mula bertugas dengan segera untuk memastikan tiada gangguan berlaku semasa peralihan tugas

Semua laporan yang diberi oleh PA kami memberi gambaran yang lengkap kepada pelanggan tentang aktiviti mereka. Anda akan menerima laporan mingguan terperinci yang menunjukkan tugas-tugas yang telah disiapkan pada masa itu

Pasukan kami telah berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Maklumat dan telah melalui latihan GDPR untuk memastikan rangkaian kami mematuhi peraturan sebelum 25 Mei. Kami bersedia untuk menandatangani perjanjian berkaitan pendedahan maklumat sulit?  Sebagai wakil daripada Akademi Latihan, kami mencadang dan menilai amalan terbaik dari segi pengurusan data.

Ya, ada kontrak dan jangka masanya adalah selama 90 hari